Pages
Waktu Solat
Sunday, 31 July 2011
CERITA AYAM YANG MACHO
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
Saturday, 30 July 2011
Papa & Mama
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain.
Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek. Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."
Friday, 29 July 2011
Dialog Dua Hantu
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)
Thursday, 28 July 2011
Hadiah buat isteri
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."
Hehehehehe
Kisah Rizal yang insaf (bukan rizal pavel atau mana-mana rizal mozac)
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
Wednesday, 27 July 2011
Harta Pusaka
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
JY & REUNION
(Catatan ini ditulis hasil dari banyak perbualan telefon dan email dikalangan sahabat semua didalam masa terdekat ini.)
Selepas kes JY ini kita ketengahkan , Alhamdulillah kita berjaya mendapat respon yang baik dari sahabat semua. Tak sangka saya punya sahabat-sahabat yang berjiwa mulia dan prihatin walaupun kita ini terdidik dengan keperbagaian kehidupan dan laluan berbeza. Dalam mengharungi dan menangani isu , kita nampak sekata yang mana ini memungkinkan sesuatu perkara bakal mendatangkan keberhasilan insyaAllah.
Mengenai tindakbalas yang terkumpul, ada banyak cadangan, banyak cara dan banyak juga respon yang berbeza. Dalam renungan saya yang daif….. mudah-mudahan usaha ini akan merapatkan lagi ukhuwah kita semua dan moga Allah jauhkan dari berlakunya perpecahan yang tidak kita inginkan.
Kalau dilihat daripada matlamat, biarlah kita simpulkan bahawa, matlamat kes JY ini adalah untuk membantu beliau keluar dari kepompong sakit yang beliau lalui. Bantuan yang kita ingin kita panjangkan berbentuk 2 perkara iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Matlamat jangka masa pendek adalah untuk memberi rawatan kepada beliau. Dan untuk jangka masa panjang adalah untuk membolehkan beliau ini berdikari dalam melalui penjalanan hidup seterusnya.
Walau bagaimanapun niat dan usaha yang baik pada pandangan kita mungkin akan mendapat reaksi berbeza dari kaca mata orang lain. Oleh sebab itu apa pun usaha kita haruslah dalam perpaduan yang kukuh bagi membolehkan hasil yang mendatang memberi kebaikan yang diharapkan. Ada kalanya usaha kita mungkin juga akan dipandang serong oleh orang lain.
Dengan itu sebelum kita mengatur langkah seterusnya , biarlah saya nyatakan bahawa kita perlukan sokongan, iaitu:-
1. Sokongan dari sahabat semua untuk menjadi menyambung usaha tanpa bayaran dan pulangan ini. Jika ada masa , jadilah sukarelawan/wati…. Jika tidak berdermlah pada tabung kebajikan Mozac87 Club supaya aktiviti kita dapat berterusan.
2. Sokongan dari keluarga JY supaya apa pun hasil rawatan yang bakal kita usahakan akan mendapat sokongan keluarga beliau. (kita perlu berbincang dengan keluarga dan mendapat keizinan bagi membolehkan rawatan dapat disalurkan) – Team A
3. Sokongan dari masyarakat kampong beliau supaya nanti tidak ada yang berbunyi dikemudian hari dan tidak meninggalkan kesan kepada keluarga beliau. (kita juga perlu berbincang dengan masyarakat kampong beliau bagi mendapatkan sokongan berterusan selepas itu). Kita juga faham tradisi di kampong mungkin berbeza dengan budaya kita sekarang ini. – Team B
Setelah sokongan dari ketiga-tiga ini kita perolehi, langkah seterusnya adalah untuk membawa JY ke hospital untuk rawatan. Mozac87 Club telah pun bersetuju untuk menaja kos ambulan untuk membawa JY ke hospital. – Team C.
Tatkala beliau ini mendapat rawatan, kita perlu untuk melihat apakah bantuan seterusnya yang wajar. Mungkin kita boleh ajukan masalah beliau ini kepada pihak kerajaan, ketua masyarakat, wakil rakyat dan apa-apa jua pertubuhan yang wajar. – Team D
Daripada itu, kita memerlukan sukarelawan/wati untuk keempat-empat team tersebut. Oleh itu saya berharap kepada yang punya kelapangan, silalah hubungi saya untuk kita bentuk dan bahagikan tugasan ini.
Saya juga mendapat panggilan dari Sdr Roslan @ Lan Jawa berhubung kes JY ini. Menurut beliau ada satu kesamaan mengapa kita harus membantu JY, itu tak lain tak bukan kerana JY adalah mozac87. Oleh itu beliau agak lantang untuk memberitahu bahawa kita kena kuatkan kembali kesamaan diantara kita semua. Lantas mencadangkan lokasi Reunion 2011 dipindahkan ke Almamater @ Mozac. Kos akan dapat dikurangkan , memori bertambah mekar, kenangan dapat diimbas, ukhuwah dapat di eratkan dan perubahan dapat kita saksikan……………………….
Yg benar,
Tajuddin
019.240.3113
Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator
Hadirin terkejut dan terpaku...
Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."
Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.
Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,
"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."
Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...
Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.
Tuesday, 26 July 2011
4th meeting Mozac87 Club









A message from president...
Kawan2,
On behalf of the Club, we would like to extend personal invitations to the rest of the gang who have yet to register. Don’t take the commentary and nicknames seriously… just banters amongst childhood friends.
· Ajis Kalil – janganlah asik main golf tak habih2 – sesekali pegilah menebas tanah kubur buat amal sikit (berapa handicap bro?)
· Halim Kambing – our very reliable defender dulu, can function at both flanks. Sikit lebih, kurang banyak kira2 macam Ashley Cole or Evra. Any attack coming towards his flank, there was a 50-50 chance that the opponent would score, he..he..
· Ajak Berong – lama tak jumpa mamat ni, dengar kabar sering ke indon…. Unlike many of you guys, for business not leisure.
· Hashim Nyok – I sleep well at night knowing he’s in the army. Any invaders will surely surrender just out of fear of his misai. Nilah dia muka ganas tapi hati cute.
· Aldzafer Mat Cepok – welcome back bro. Dulu dia ni karate fanatics, pegi dewan makan pun bawak nunchaku (alah benda yang Bruce Lee selalu guna tu). Dia takut orang ambik ikan jacket dia.
· Azizah – kalau tak silap Cikgu sekarang, harap2 dia tak dapat student macam Ajis Kalil, pening…
· Azwan – sprinter kat sekolah, sekarang buat apa gua tak tau. Aku rasa sekarang dia seorang pelumba haram.
· Bad – lecturer sekarang, and part time paparazzi. Bro, uploadlah gambar reunion dulu kat blog kita.
· Baharom – dulu kat sekolah pangkai songkok merata tempat. Orang kuat Cheng sekarang – if you get into trouble there just mention his name. Sure you get into deeper trouble.
· Chin Kok Chieng – budak Sabah kalau tak silap, very studious. Mana dia ha?
· Dahlia – baru jumpa kelmarin. Seorang atlet yang masih aktif katanya, merupakan seorang pelari pecut, pemain basketball, netball, softball, football, rugby, hockey (she wore disguises as a Punjabi an when she played for boys team in school). Her undercover name was Darshan Singh.
· Daud – gangster Durian Daun, every now and then spotted wearing very tight rocker-rubber pants in Kg Jawa Melaka. Businessman now.
· Dee Zuhan – kalau tak silap kita panggil Ayam dulu – spek dia setengah inci. Sekarang dengar khabar pakai contact lense warna biru. Adik dia jadi rebutan…
· Dennis Junioh – juara merentas desa, both for male and female categories. She normally completed the course twice and still won!! Dengar kata juga seorang guru – kalau marah, mesti denda students lari keliling padang.
· Eisa – woi mana menghilang, masih kerja kat Shell lagike?
· Fadhil Tompel – reunion kali ni ada permintaan utk dia dendangkan lagu Melaka Negeri Melaka… rock version, mesti layan habis.
· Faezah Hassan – somehow I can’t recall the face, but the name is very familiar. Tajud (mat contact), please give Bad her address, and Bad, send me the photo.
· Rohaida – she is a permanent resident of Lendu now, or is it Londang? Fellow debater, I’m sure her husband will never win any argument.
· Hamizol Mijoi – sawadikappp, eh silap, Nihongo o hanashimasu ka. 日本語を話しますか。Apahal, lu ingat aku tak boleh cakap Jepun? Abis to camana pulak aku mesyuarat dengan Dr Lin Nippon kelmarin? Aku banzai je…
· Hartini – budak kelas Alpha masa form 1 to form 3. Ajis Kalil & Jonizal suka kacau dia – baik engkorang mintak maaf.
· Hashim Abu Noh – cikgu Physics sekarang. He’s paying his past sins for sleeping in the lab last time.
· Hazlan Daeng Perani – sekarang sedang menuntut ilmu hitam di Gunung Ledang. Works in a bank in his spare time.
· Isamudin Rasip – pun lama tak jumpa, kalau ada yang jumpa dia kirim salam rindu, kenang daku dalam doamu…
· Jalifah – A professor, I would not lampoon a professor, takut kena sue nanti.
· Jamel – kerja kat Mahkota Medical Centre, ex-cadet, boot dia paling berkilat. He failed in an effort to join the army as he gave way his location in the jungle during camouflage training, betrayed by his shiny boots. Hashim Nyok did not wear any boots, dia kaki ayam dalam hutan.
· Jonizal Kerbau – he introduced many of us to the wonderful world of Mr John Butler. I’m still waiting a copy of the novel from him, we plan to turn it into a hit Telenovela for RTM.
· Kamardin Kuda – budak Kg. Lapan, 41 years of age, 21 years at heart – you go brother!!
· Kamarunzaman Yasak – banker, kalau nak unsecured Overdraft pi cari dia.
· Kamisah Seman – very prick and proper lady kat sekolah, my guess is she is also teaching now. Aku kalau tak tau, aku tembak cikgu je, anybody can confirm this?
· Khairil Aswad – medical doctor kalau tak silap, masih awet muda masa jumpa kat reunion lepas. Banyak makan jering, he told me very discreetly.
· Khairul Anuar – Airforce pilot, top gun – just like Tom Cruise, dulu semua nak jadi Tom Cruise beb. Mesti pakai Rayban all the time.
· Koo Teck Leng – nasib baik dia reti main piano, kalau tak kita pasti nyanyi lagu sekolah dan Negaraku lintang pukang.
· Dr Marinah – doctor in Kuala Pilah, sumo orang Pilah kona dio. Her parents’ house was in Kandang, I know because some of our friends planned to send rombongan meminang last time.
· Mas Ayu – kelmarin aku silap sebut Mas Idayu… pun cikgu khabarnya. I don’t mind having Mas Idayu as my teacher.
· Masita – my fellow socialists, pun mengajar. Ajar subject apa agaknya? I bet it is not Physical Geography – most of us went into coma during Physical Geography period.
· Mazlee Botak – tapi he is not bald now. In Melaka now, next election he will be the Tangga Batu MP.
· Fauzi Aris – businessman kalau tak silap – dia ni ada nickname dulu, oh yea… Wak Wir, waras…
· Hisham Yusof – lama tak jumpa, my best friend masa form 1. Lepas tu aku jadi gangster join Daud, Big John and the other samdols.
· Ikram – hockey and cricket fanatics. Masih kat Telekom ke bro?
· Nazeri Kambing – masuk sekolah masa Form 4, den tak ponah nampak dio ni lopeh sekolah.
· Rizal ET – next time kita jumpa kat Melaka, we’ll order roti john and make sure the order is delivered!! You better get one this weekend, takut kempunan.
· Salehudin Sobri – jumpa kat previous reunion, dia macam gua jugak – we are growing sideways.
· Shafie Pie – cikgu sekarang, mesti garang dia ni….. I wonder what students call him. Seriously, I hope you have fully recovered bro.
· Shane – budak socialist jugak ni. If you want to buy furniture on installment, go and see him – he can offer you 25 years installment package for a sofa.
· Zamri Maggie – last time jumpa, the retro Afro hairstyle was gone. Last-man for rugby, to uplift the spirit of teammates he always yelled, --- KEMON (come on) beb…. The result - the opponents yang naik semangat. Meg, bila hang nak join kita orang lepak ni beb?
· Moses – very glad to see him at the last reunion. Dulu masa form 3 he is the tallest fella in Alpha.
· Musa Kasmin – the most quiet of the 3 Kasmin brothers, an Army Doctor now. Let’s us pray that he’ll be able to work out something for Johari. He also doubles up as a bomoh according to Jog, who is always on the lookout for potent ubat guna2.
· Muzafar Mozac – airline pilot now. Caution to him – please behave, you’re carrying our school’s name around. No hanky panky please, I don’t want to hear about Pilot Yang Melampau video.
· Naima Kadir – orang Negeri Di Bawah Bayu Dulu budak 3 Alpha gossip Zeff dengan dia. Entah2 still on kot?
· Nizam Nordin – doa reciter in the last reunion. For the next reunion, he has asked a one-hour slot for a doa session.
· Nizam Khamis - Dia dapat bola keranjang cabutan bertuah in the last reunion. Ni semua Tajud punya idea, dia bagi senduk, gayung, toilet paper, ketip kuku, pencunkil gigi, dll sebagai hadiah. Next reunion – first prize Mateng volunteers to give a ‘body-to-body massage’ to the winner. I pray to God that I WILL NOT be lucky draw winner.
· Noor Zihan – pun baru jumpa kelmarin. We should appoint her to be the Chairperson for the club bila mesyuarat agung nanti. Aku cakap je, dia suruh diam. After Acitpoy, she is the person I fear the most, ganas dia ni, ha..ha.
· Nora – as I can recall, she looks like a Chinese and a good friend of Dr Marinah. Dia doktor jugak ke?
· Norazah Wan – very quiet at school, tapi kat dorm aku tak tau. Silap2 disco kat asrama, kita budak2 lelaki mana tau.
· Dr Norazlindah Jepun – now Chairlady for the next reunion. I was told that it will be wild, and involves foam party….and sexy costumes. Zakry Sabun, please don’t get excited. It’s premature.
· Noreza – Alpha masa Form 1 to Form 3. Hanya Tajud yang tahu di mana dia berada, and he is not telling Kamardin.
· Norfauzianawaty – Last reunion ada datang, she resides in Penang now – mesti terror masak char kwei teow.
· Norlela Bojot – dia ni havoc kat sekolah dulu, sekarang my guess is, she is into direct selling. Rumah kat Tampin, den balik kampong selalu poei Tampin tapi tak ponah nampak pun.
· Anizah Kancil – pelontar peluru terkemuka. Pozi kata dia berniaga Ayam Percik kat Cameron Highland. Senang2 nanti kita pergi pekena ayam percik kat Tanah Rata or is it Brinchang?
· Norliza Borhan – attended the last reunion, and I could remember her face immediately. Or is it aku salah orang?
· Normalis – Head Girl, English Debater. She could speak English very fluently, when the only full sentence in English that I could mutter was, “May I go to the toilet, Mrs Verdargon?”
· Norsalmi Big John – sampai sekarang I don’t know where the Big John came from. He would like to think that it refers to his ‘tools’.
· Norshahida Zainal Abidin – sama2 Kamardin and yours truly belajar di PPP Shah Alam. Dia fly dulu, aku dan Kamardin kena belajar English lebih sikit sebab terlampau advanced. In IT industry if memory serves me right.
· Raihan – a professor now, good to know that the most disciplined individual is developing our young minds. A regular imam in school, he will give a tazkirah in the next reunion. Of course, this is after the foam party.
· Roslan Jawa – a landscaper now. Bro, tolong carikan pokok penghalau nyamuk untuk Acitpoy, dia baru kena denggi hari tu. I don’t want him to die prematurely. Tolong bro.
· Saforah – dia ni terror accounting dulu, and I hope she is teaching accounting now. Our Cikgu Usop will be very proud. The rest of us almost always without fail had to use Suspense Accounts.
· Samsiah – if you ever get lost at KLIA, wave your hands to the CCTV and Shamsiah will rescue you.
· Sarina – a socialist also, she was immersed in novels. I noticed, maybe because we guys observed her too much.
· Sasterawati – for a person with the word sastera in her name, she was in science stream. A teacher in our alma mater now, she should know all the students’ tricks. One trick that you may not know, those in sick bays at Asrama Putera are not really sick, dia orang nak pergi Hospital Besar beli wadeh (seniors suruh).
· Shahadah – kalau tak silap dia ni pelumba lari jarak dekat dan sederhana, dan seorang pemain bola keranjang yang terulung. She can out-dribble Ebit for sure.
· Shahida Murni Salleh- rumah dia kat Paya Rumput dulu, kita panggil dia Minah Rockkk..
· Shahrulnizar Telor – a man with a gift of gab and our lead debater. Dulu selalu jugak aku dengar usrah dia, he can beat Fadzillah Kamsan any day.
· Shahrunnizam Dayak – dia ahli pembina badan kat sekolah, angkat batu-bata. Last time we met, rambut sudah tiada. Ni mesti kes terlebih steroid ni. A lecturer jugak rasanya.
· Shakirah – Sebut Shakira, aku straight ingat Shakira the Columbian. Anybody knows where is she now?
· Shamsuri Md Jahi – dia ni pun ada nickname, tapi gua dah lupa. Pun tak pernah jumpa lepas sekolah. Mijoi please find him.
· Shamsuri Zaibon – Don’t be confused, there are 2 Shamsuris…. Dia ada datang masa reunion dulu.
· Siti Norbaya – Kamardin, please give an update. I know you have been keeping in touch with her all these years.
· Sri Ganesh – Ajis and I must go pegi mengadap dia one of these days. Ganesh, if you’re reading this – your attendance in the next reunion is compulsory.
· Siti Juwairah – ingat2 lupa…. Anybody who can give an update, please do so. Pakai tudung, that the furthest my memory can recall - dah tua beb.
· Sulaiman Leman Star – a big-time consultant now, not a conman – a real consultant with one of the Big Fours.
· Suzanah Jana – thanks for all the experiment kuih and cake from Seni Rumahtangga that you kindly left in my desk masa Form 3 dulu (ahem…).
· Tenchong Ak Jepoh – Dari Bumi Kenyalang. Ebit, please find him and drag him to the reunion nanti. If necessary, check all the prison records, mana kita tau…
· Yahya – kata duduk Kota Damansara, apasal hang tak datang meeting. Next meeting kita buat kat rumah Yahya.
· Zahri Unta – kecoh mamat ni masa reunion dulu walaupun datang lambat. Why unta? Landok please explain, engkau kan satu dorm dulu.
· Zaidi Harun – pelombong emas sekarang. Single ladies, dia masih ada quota kosong.
· Zakrie Sabun – met him last raya, he is now into astronomy. He alone decides when we celebrate raya, jangan main2.
· Zalina Kak Yong – juga pemain basketball yang unggul. Tapi, our team tak pernah menang masa Pesta Perdana buat penat gua sorak je..
· Zarina Nordin – Aku satu kelas dengan dia dari Form 1 sampai Form 5. Based on my intel - Jana, Norlela, Mas Ayu dan Zarina were the lady taikos in Asrama Puteri in Form 5.
· Zeff Ariffin – an accountant now. Like I said before, he specializes in tax evasion, money laundering and creative accounting.
· Zubir –bermisai tebal the last time I met him, ada potential jadi Tok Mudim. Quality practitioner now.
· Zul Affande Jambul – Our striker from Form 1 to Form 3 – lethal partnership dengan Ajau. He confused defenders using his jambul as distraction. Nak beli rumah kat Enstek cari dia – discount 75%, seriously.
· Zoulkiflie Bulus – He promised me and Pozi that he’ll allow us to fly the plane if we happen to be on-board his AirAsia flight. Pozi just wants to be alone with a stewardess in the cockpit. He is a man with a dream.
· Lee Hee Koon Cikun – a very passionate BM debater for state competition. I would have preferred Ganesh, Cikun lebih menggunakan bahasa isyarat, sampai tercocok mata Telor bila berdebat. Masih tak dapat dikesan.
So kawan2, phew…there it goes, personal invitations to you ladies and getlemen. I’m pretty sure I have missed a few, and some that I did not mention have already registered. Kawan2 lain silalah tambah. Ini seperti biasa, saya lakukan di atas arahan Acitpoy – our interim Brutal Bendahari. Seriously, let’s encourage each other to get re-connected, and stay in touch.
Salam
ASOY




























