Pages
Waktu Solat
Thursday, 1 December 2011
Thursday, 25 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
Jenaka - Nenek Ani
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan.
Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua.
Mari kita sama-sama membaca suratnya". Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi : "Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"
Tuesday, 23 August 2011
Jenaka - Batu
abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereka di kelas..
cikgu: kenape awak lambat, abu?
abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..
cikgu: kenape kene lempar batu pulak?
abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)
cikgu: kamu pulak, seman?
seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..
cikgu: berat ke batu tu?
abu dan seman: berat cikgu..
cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..
abu dan seman: baik cikgu..
lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..
cikgu: eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..
budak baru: saye budak baru..
cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?
budak baru: name saye BATU..
Monday, 22 August 2011
Jenaka - Jam Dinding
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Jenaka - burung kakak tua....
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Johari sekarang lebih handsome?
As salam semua rakan xMozac 87,
Saya terlalu letih untuk melaporkan pengalaman yang tidak disangka2 petang tadi di rumah shbt kita Johari Yusof. Baru dua jam td kembali ke rumah sejak keluar ke destinasi yang dituju jam 2.30 petang dari Peringgit.
Tapi utk tidak menghampakan rakan2 rombongan - Tajud, Acitpoy dan Rizal, elok sy kongsikan secara ringkas dahulu pengalaman itu.
Kami tiba di rumah Johari kira-kira 3.20 petang dalam keadaan hujan lebat.
Menunggu di rumah ialah Siti, adik Johari dan emaknya. Saya ditegah utk mengambil gambar Johari. Pantang Johari katanya. Kamera Nikon D7000 saya 'dirampasnya' dan diletakkan jauh dari saya utk mengelakkan saya mengambil gambar curi. Saya surrender..
Setelah kami terangkan hajat ziarah kali ketiga kepada emak dan Siti, tanpa kami sangka2 Johari telah keluar dari bilik yang 'mengurungnya' selama kira-kira 20 tahun lamanya.
Niatnya satu - utk bertemu kami. Beliau menanti sejak jam 11 pagi lagi kerana Tajud kata kami akan datang pada waktu itu. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Kami lewat dek kerana tayar depan belah kanan Mercedes Tajud pamcit dekat Peringgit. Malang bagi Tajud. Tapi ia tidak pernah mematahkn semangat Tajud.
Dipendekkan cerita, pertemuan kira2 1 jam ini berakhir dengan pertemuan pertama antara Johari dengan kami semua. Saya dan yg lain terkejut. Sama sekali tidak menyangka Johari ingin keluar dan bertemu dgn kami. Bercampur baur perasaan kami.
Kami menyambutnya dengan berjabat tangan dan dakapan erat. Lama kami berdakap. Air mata tanpa dipaksa mengalir tanda gembira dlm kesedihan melihat kpd susuk tubuh kurus kering Johari.
Saat2 yang tidak boleh dilupakan oleh kami semua.Pastinya yg jg gembira ialah emak dan adik Johari.
Kami berbual mesra wlpn suara Johari agak perlahan utk didengar. Dia sentiasa tersenyum. Kulitnya agak putih juga. Dia berkaca mata. Kata Acitpoy '...kau lebih hensem apa Jo'. Berderai ketawa kami semua.
Untuk beberapa ketika ia menjadi bahan jenaka kami menyulami perbualan kami. Suasana ini cukup menceriakan suasana dalam rumah usang Johari.
Alhamdulillah, usaha Tajud (teraju utama) dan kita selama ini berbaloi. Allah telah memakbulkan doa kita semua.
Sahabat2 xMozac 87,
Ini adalah petunjuk awal yg Johari ingin kembali bersama kita. Dia berniat utk berubah dan sedang mengumpul kekuatan utk pulih kembali.
Dia kini hanya makan buah2an yg dibeli Siti sejak sebulan lalu kerana alahan dgn mknan yg biasa kita makan. Pastinya nutrisinya kurang khasiat.
Mentalnya juga perlu dipulihkan, selain yg paling kritikal ialah jiwa rohaninya yg terganggu oleh 'kehadiran' entiti asing dlm dirinya sejak sekian lama.
Laporan awal ini hanya bertujuan berkongsi kegembiraan dgn perubahan Johari yg tidak disangka2. Dan juga utk mendapatkan sokongan material dan non material selain doa berterusan dr rakan2 semua spy ikhtiar kita kali ini mendapat lebih perhatian dan sokongan rakan2 semua.
Menurut hukum kejayaan ikhtiar, lebih ramai menyumbang ikhlas, lebih berkesan hasilnya.
Kita berada di bulan paling mulia, di saat antara paling mustajab doa. Jgnlah ia berlalu tanpa doa kita utk Johari, sekurang2nya.
Selain keluarganya yg masih ada di sisi, Johari masih memerlukan kita. Kerana kita pernah menjadi shbtnya 28 tahun lalu di Sekolah Muzaffar Syah.
Selamat berinfaq utk Johari.
Wallahua'lam
Disediakan oleh Badrul
dengan arahan tegas Tajud (terutamanya), Acitpoy dan Rizal
12.45 pagi
Sunday, 21 August 2011
Quote Of The Day
Life is a question, nobody can answer it...
Death is an answer, nobody can question it...
Death is an answer, nobody can question it...
Saturday, 20 August 2011
Thursday, 18 August 2011
Jenaka - kisah seram di ICU
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan @ intensive care ventilator pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

Jenaka - Mamak Oooo Mamak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: ?????????????

Wednesday, 17 August 2011
Quote Of The Day
INTENSE FEELING TOO OFTEN OBSCURES THE TRUTH- Harry S Truman
The toughest thing about success is that you've got to keep on ebing a success- Irving Berlin
LIFE IS A PROCESS, NOT A PRINCIPLE, A MYSTERY TO BE LIVED, NOT A PROBLEM TO EB SOLVED- Gerard Straub
Jenaka - kisah di kawasan perkuburan
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Jenaka - Malu sendiri
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya. Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "Hello Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya.... Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya lagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?" "Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna.
Tuesday, 16 August 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)