Minit Mesyuarat


MESYUARAT KE 4
Tarikh
:
20-07-2011
Masa
:
5.00 pm
Tempat
:
Restoran Santai, Bdr Tasik Pemaisuri, Kuala Lumpur.
Kehadiran
:

1
Mohd Yusri Md Yusof
2
Johari Abu Kasim
3
Julita Baharom
4
Dahlia Mansor
5
Dr Norazlindah
6
Noor Zihan Mat Zin
7
Tajuddin Abdul Latif
8
Kamardin Zainal Abidin
9
Mazli Mohd Zin
10
Hashim Abu Noh
11
Zulkifli Mohd
12
Fauzi Yusof

Perbincangan
Keputusan / Tindakan
Oleh
1
Imbasan Mesyuarat 3



* Penubuhan
Reunion


* Perlembagaan
Reunion


* Jawatan Kuasa Penaja
Reunion


* Yuran Keahlian / Seumur Hidup
Reunion





2
Aktiviti 1
Pendaftaran Keahlian


* Borang Keahlian
kerjasama diperlukan untuk mengisi borang.





3
Aktiviti 2
JY Issue





Setelah mendapat pandangan semua pihak, dari Rashid, Dr Musa, Dr Ajau, Dr Jepun, Rizal, Jog dan lain-lain, mesyuarat telah bersetuju langkah yang akan diambil adalah seperti berikut:-


1st step
Satu perjumpaan dengan keluarga beliau patut dilakukan terutama dengan adik beliau untuk memujuk JY untuk mendapat rawatan di Hospital. Keluarga beliau perlu bersetuju dan memberi kebenaran untuk beliau ini dirawat.


2nd step
Setelah kebenaran diperolehi, kita akan memberitahu Dr Musa untuk mengaturkan sahabat beliau di Terendak Hospital. Kita juga akan menguruskan penghantaran ambulan untuk tujuan membawa JY keluar dari rumah tersebut.


3rd step
JY akan tinggal di hospital dalam julat waktu yang ditentukan oleh Doktor yang merawat beliau dan sementara itu kita akan gear up untuk membantu membaik pulih rumah beliau.


4th step
Proses baik pulih akan lebih cemerlang jika kita dpt libatkan pihak kerjaan melalui wakil rakyat dengan bantuan PPRT, penglibatan pihak korporat atau lain-lain sumbangan dan derma.


5th step
setelah beliau pulih, mungkin kita boleh sama-sama daftarkan beliau ke jabatan kebajikan masyarakat, carikan peluang pekerjaan untuk beliau atau mungkin belikan beliau motorsikal agar beliau boleh bekerja.





4
Aktiviti 3
Funding



Pengerusi telah melahirkan amanat supaya kita dapat terus menghulurkan sumbangan bagi tabunng kelab Mozac87 kita.





5
Aktiviti 4
Reunion



Mesyuarat dengan sebulat suara juga telah mengambil keputusan agar Reunion in diadakan mengikut jadual dibawah dan ianya dianjurkan oleh J/K kecil reunion yang akan di ketuai oleh Pengerusi Reunion 2011 iaitu Dr NorAzlinda Mat Lazam @ dr jepun….



Jawatankuasa Reunion 2011



Pengerusi Pengelola: Dr NorAzlinda Mat Lazam @ Jepun



Pe. Pengerusi Pengelola : Sdri Noor Zihan Mat Zin



Setiausaha : Sdri Julita Baharom





Bendahari : Sdri Dahlia Mansor



Majlis juga bersetuju bahawa Reunion akan diadakan pada tarikh dibawah:-


Tarikh :
22/10/2011


Tempat:
Bandar Baru Bangi


Masa :
1.00 pm






J/K penganjur:
Akan menetapkan persediaan tempat dan aturcara majlis bagi reunion ini.



Venue majlis juga akan ditetapkan oleh j/k penganjur.





6
Lain-lain Hal



Laporan Kewangan
Akan dibentangkan oleh Sdr Bendahari di mesyuarat akan datang.






Laporan Prestasi
Adalah dimaklumkan bahawa setiap kali kita mengadakan mesyuarat kita berjaya menggerakkan sesuatu, ringkasannya seperti dibawah:-



Mesyuarat 1



Berjaya menubuhkan Mozac87 Club sebagai platform bagi kita merapatkan ukhuwah. Inilah penggerak kepada setiap aktiviti kita.



Mesyuarat 2



Berjaya menyediakan Draf Perlembagaan, J/K Penaja, Akaun, Hala Tuju dan lain-lain. Ini termasuk menghidupkan kembali aktiviti reunion yang tertangguh.



Mesyuarat 3



Berjaya memulakan aktiviti kebajikan , kes JY (Johari Yusof). Juga kemaskini terhadap keahlian, blog, akaun dan lain-lain lagi.



Mesyuarat 4



Berjaya menubuh dan menggerakkan usaha untuk reunion secara sistematik. Berjaya juga melakar plan untuk kes JY.





7
Mesyuarat Tamat



* waktu
9.00 pm


* mesyuarat seterusnya
akan diberitahu kelak.

* Sila semak dan maklumkan sekiranya terdapat apa-apa kesilapan.
Disediakan Oleh :-
Tajuddin Abdul Latif
019.240.3113




MESYUARAT KE 3

Tarikh
:
6/28/2011

Masa
:
5.30pm

Tempat
:
Menara Faber, Taman Desa, Kuala Lumpur.

Kehadiran
:


1
Mohd Yusri Md Yusof

2
Abd Rashid Ab Rahman

3
Johari Abu Kassim

4
Tajuddin Abdul Latif

5
Shahrulnizar Wahab

6
Mohd Fauzi Yusof




Perbincangan
Keputusan / Tindakan
Oleh








1
Imbasan Mesyuarat 2
Membincangkan kembali isu tertangguh



* Penubuhan
1. Pendaftaran Mozac87 Club akan dibawa ke mesyuarat penubuhan yang akan diadakan serentak dengan Reunion2011
semua


* Perlembagaan
2. Butir-butir perlembagaan akan dibahaskan dan disahkan didalam mesyuarat yang sama.
semua


* Jawatan Kuasa Penaja
3. Ahli jawatankuasa juga akan dipilih dan dilantik diwaktu yang sama.
semua






2
Pendaftaran Ahli
Mesyuarat juga mengambil keputusan



* Borang Keahlian
1. Pengedaran dan pengisian borang maklumat ahli akan mula dilakukan dan ianya juga akan menjadi borang ahli secara otomatik sebaik sahaja Mozac87 club ditubuhkan secara rasmi.
j/k penaja


* Yuran Keahlian
2. Mesyuarat kali ini menetapkan bahawa yuran keahlian akan ditetapkan didalam mesyuarat penubuhan kelak. Begitu juga dengan yuran keahlian seumur hidup. Oleh itu tiada pungutan yuran keahlian sehinggalah diputuskan oleh mesyuarat penubuhan.
semua


* Yuran Seumur Hidup
3. Borang keahlian yang telah diisi perlulah diserahkan kepada setiausaha penaja melalui email mozac87@gmail.com atau fax +603-87065282 atau ke alamat E081, Jalan 6, Kosmopleks BBST, 43900 Sepang , Selangor.
semua






3
Fund Rising




* Jumpa personally
1. Buat masa ini pihak j/k penaja merayu sahabat sekalian untuk menghulurkan sumbangan terus kepada a/c yang telah tersedia.
semua






5
Reunion
AKTIVITI 1




* Untuk mengelakkan dari membuang masa , mesyuarat kali ini memutuskan reunion akan diadakan seperti berikut:-




Tarikh : 22/10/2011, Sabtu.




Masa : 2.00 pm




Tempat : Equitorial Hotel, Bandar Baru Bangi.









* Mesyuarat juga bersetuju untuk memanggil mesyuarat khusus berkaitan reunion untuk membentuk pelaksana projek reunion ini. Mesyuarat tersebut akan diadakan di:-
Semua



Tempat : Restoran Tepi Tasik, Bandar Tasik Pemaisuri




Jam : 10.30 pagi, breakfast talk




Tarikh : 23/7/11, Sabtu




Driver's : Sdr Johari Abu Kasim




* Diharap notis awal ini membolehkan rakan rakan dari Melaka dapat menyertai meeting ini.







6
Aktiviti Kebajikan
Aktiviti 2




* Satu rangka membuat lawatan ke rumah Sdr Johari Yusof akan dilakukan didalam masa terdekat.




* Tujuannya untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang-barang makanan untuk beliau.




* mesyuarat bersetuju untuk menyumbangkan RM500 tunai dari dana yang ada di dalam akaun kelab untuk projek ini.




* Misi ini akan diketuai oleh Sdr Fauzi Yusof setelah dapat berhubung dengan keluarga beliau.




* Misi ini adalah kesinambungan dari misi sebelum reunion 2 tahun yang lalu.




* Sdr Abd Halim akan membantu untuk koordinat pertemuan ini.







7
Aktiviti Kebajikan
Aktiviti 3




* Sempena menyambut ramadan dan syawal yang bakal tiba, sumbangan untuk anak-anak yatim terutama anak2 arwah sahabat2 kita.




* Projek ini akan dibincangkan didalam perjumpaan akan datang.







8
Laporan Kewangan
Buat masa ini didalam akaun ada dana sejumlah RM5,050.00







8
Lain-lain Hal




* Cadangan Salleh (melalui sms) berkaitan tempat dan masa mesyuarat dapat diadakan dengan notis, waktu dan hari yang sesuai…
Perkara ini akan dilakukan mengikut kesesuaian. Sebagai langkah awal… perjumpaan seterusnya adalah pada Hari Sabtu , Jam 10.30 am di bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada 23/7/2011. harapannya adalah lebih ramai yang akan hadir.








Mesyuarat Tamat




* waktu
*kami bersurai jam 10.15 malam



* mesyuarat seterusnya
* seperti yang dimaklumkan diatas..!



* Sila semak dan maklumkan sekiranya terdapat apa-apa kesilapan.

Disediakan Oleh :-
Tajuddin Abdul Latif
019.240.3113



Mesyuarat Ke 2


Tajuk
: 2nd Meeting For “Mozac87 Club”
Tarikh
: 20 / 05 / 2011
Masa
: 6.00 pm
Tempat
: Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri, KL
Kehadiran
:
  1. Mohd Yusri Md Yusof @ Asoy – Chairperson
  2. Noor Zihan Mat Zin
  3. Dr Norazlindah Mat Lazam
  4. Hashim Abu Noh
  5. Mazli Mohd Zin
  6. Mohd Fauzi Mohd Yusof
  7. Mohd Azni Norazlim
  8. Abd Rashid Ab Rahman
  9. Mohd Khairil Yaakub
  10. Tajuddin Abdul Latif




Perbincangan
Keputusan / Tindakan

1

Mengimbas kembali mesyuarat 1 Mozac87 Club

a)    Menubuhkan Tabung Amanah.
Bendahari penaja dalam proses membuka akaun amanah.
b)    Keahlian Mozac87
rujuk draf perlembagaan
c)    Jawatan Kuasa Penaja
rujuk draf perlembagaan
d)    Tujuan Kelab
rujuk draf perlembagaan
e)    Yuran Keahlian
rujuk draf perlembagaan
f)    Dana
rujuk draf perlembagaan
g)    Membuka akaun
Dalam proses
h)    Cara perbelanjaan
rujuk draf perlembagaan
i)     Aktiviti
rujuk draf perlembagaan
j)     Reunion 2011
Dibincangkan semula didalam mesyurat






2

Draf Perlembagaan

Merakamkan ucapan terima kasih kepada Sdr Ebit kerana sudi merangka draf ini

Nama Kelab

Nama yang diputuskan adalah :
Kelab Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah Melaka 87.

Singkatan : ”MOZAC87 CLUB


Fasal 2
Alamat Surat Menyurat

Bersetuju untuk menggunakan alamat seperti yang tertera didalam draf.


Fasal 3
Bendera. Logo etc

Ditangguhkan buat sementara waktu



Fasal 5
Keahlian


Diputuskan
” Keahlian pertubuhan adalah secara otomatik kepada semua pelajar yang berdaftar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka diantara Tingkatan 1 pada tahun 1983 sehinggalah Tingkatan 5 pada tahun 1987.”


Fasal 7 Perkara (4) dan (5)

Diputuskan bahawa mesyuarat agung adalah dalam bentuk Dwi Tahunan.


Fasal 8
Jawatan Kuasa

Cadangan didalam draf adalah dipersetujui

Untuk Jawatan kuasa Penaja Senarainya Adalah seperti Berikut*

Presiden                       : Sdr Mohd Yusri Md Yusof
Tim. Presiden                : Sdri Noor Zihan Mat Zin
Bendahari                     : Sdr Abd Rashid Ab Rahman
Pen. Bendahari              : Dr Norazlindah Mat Lazam*
Setiausaha                   : Sdr Tajuddin Abdul Latif
Pen. Setiausaha            : Sdri Julita Baharom
Ketua Publisiti              : Sdr Johari Kassim*
Pen. Ketua Publisiti       : Sdri Dahlia Mansor*
Penasihat Undang2       : Sdr Addy Termizi Tuah
AJK
i.              Sdr Mohd Azni Norazlim
ii.             Sdr Mohd Fauzi Mohd Yusof
iii.           Sdr Mohd Khairil Yaakub
iv.            Sdr Zuolkifli Abdul Rahman
v.             Sdr Shahrulnizar Wahab
vi.            Sdr Kamardin Zainal Abidin
vii.           Hashim Abu Noh
viii.         Mazli Mohd Zin
ix.           Sdri. Norfauzianawaty*
x.             Zarina Mohd Razali*

* Sila beri komen kerana ada diantaranya tidak dibincangkan secara khusus.


3

Reunion 2011

Adalah dicadangkan Reunion 2011 dilaksanakan seperti berikut:-

Tarikh : 26/10/11 atau 30/10/11
Tempat : Bandar Baru Bangi
Masa : 2pm
Konsep : High Tea

Agenda:-
  1. Majlis Perasmian Penubuhan Mozac87 Club oleh Presiden Club.
  2. Mesyuarat Agung Pertama.
  3. Melantik Ahli Jawatankuasa Tetap
  4. Meluluskan Draf Penubuhan Mozac87 Club

Persembahan Khas (bergantung kepada persetujuan)
  1. Ayda
  2. Fathil

Reunion akan digerakkan oleh Penaja Mozac87 Club dengan dibantu oleh semua sahabat Mozac87


4

Aktiviti Mozac87 Club terkini

  1. Mengemaskini ahli dan mendaftarkannya.
  2. Membeli perlindungan khairat kematian berkelompok kepada mereka yang telah didaftarkan.
  3. Mendaftarkan data anak-anak yatim Mozac87 dan menyalurkan sumbangan (cth Hari Raya)


5

Lain-lain Hal

  1. Presiden penaja mahukan pelaksanaan program secepat mungkin terutama untuk projek kebajikan.
  2. Bendahari akan mempercepatkan proses akaun bank.
  3. Penanda tangani untuk akaun akan diputuskan juga didalam mesyurat agung pertama.
  4. Pungutan derma dana Mozac87 akan dimulakan secepat mungkin dan kepada sesiapa yang sudi untuk menderma adalah dialu-alukan.
  5. Presiden juga mengutarakan untuk mengadakan acara menambah dana yang akan diputuskan kelak.
  6. Mesyuarat ditamatkan jam 9.30 malam.
  7. Mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.



* Sila semak dan beritahu jika terdapat apa-apa kesalahan atau kesilapan informasi.

Disediakan Oleh:-
Tajuddin Abdul Latif
019.240.3113




MESYUARAT 1


Tarikh              :           10.05.2011
Masa               :           6.00 pm
Tempat            :           Faber Tower, Taman Desa, Jalan Klang Lama.
Kehadiran        :
1.      Mohd Yusri Md Yusof@Asoy        - Chairperson
2.      Johari Abu Kasim@Jog
3.      Mohd Fauzi Mohd Yusof
4.      Zoulkifli Abdul Rahman
5.      Shahrulnizar Wahab@Telor
6.      Mohd Azni Norazlim@Mateng
7.      Kamardin Zainal Abidin
8.      Abd Rashid Ab Rahman@Acit
9.      Tajuddin Abdul Latif


Perkara
Tindakan

1

Menubuhkan Tabung Amanah dikalangan ExMozac87.


Semua yang hadir telah bersetuju untuk membentuk tabung Amanah ini dan kemudiannya telah dinamakan sebagai Kelab  Mozac87. (Mozac87 Club)


2

Keahlian Mozac87

Keahlian adalah automatic kepada semua rakan kita yang tersenarai didalam senarai exmozac87. Tiada keahlian luar dibuka.


3

Jawatankuasa Penaja Mozac87

Pertemuan telah mengambil keputusan bahawa penubuhan jawatankuasa penaja adalah seperti berikut.

Pengerusi                  : Sdr Mohd Yusri Md Yusof (019-2882164)
Timbalan Pengerusi : Sdri Noor Zihan Mat Zin* (019-2701911)
Bendahari                 : Sdr Abd Rashid Ab Rahman (012-2047878)
Setiausaha                : Sdr Tajuddin Abdul Latif (019-2403113)
Pen. Setiausaha       : Sdri Julita Baharom* (016-2326323)
AJK                             :
i.                     Sdr Johari Abu Kasim (012-3837876)
ii.                  Sdr Mohd Azni Norazlim  (012-3129488)
iii.                  Sdr Addy Termizi Tuan  (013-8212715)
iv.                 Sdr Mohd Fauzi Mohd Yusof  (016-3934147)
v.                    Sdr Zoulkifli Abdul Rahman (012-2142203)
vi.                 Sdr Shahrulnizar Wahab (019-2517538)
vii.                 Sdr Kamardin Zainal Abidin (012-2104266)
viii.               Sdr Mohd Khairil Yaakub (019-2267056)
ix.                 Sdri Dahlia Mansor* (019-2165599)
x.                   Sdri Dr. Norazlindah Mat Lazam* (013-6220591)
xi.                  Sdri Norfauzianawaty Mohd Fathel* (013-5230560)
*disebabkan tiada wakil kaum hawa yg hadir maka lantikan terus dilakukan…!


4

Tujuan Kelab Mozac87

1.      Menjadi platform kepada semua exmozac87 untuk menjalankan aktiviti sosial seperti Reunion, Perjumpaan dan sebagainya.

2.      Mengumpul dana yang boleh digunakan untuk aktiviti kebajikan seperti sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau apa-apa perkara musibah yang berlaku.

3.      Menjadikan hubungan diantara Exmozac87 lebih akrab dan menjadi wadah untuk kita saling bantu-membantu, tolong menolong diantara kita.

4.      Membentuk jaringan diantara kita yang mana ini sangat berguna dalam kehidupan seharian kita.

5.      Menjadi penjalin kepada Alumni Mozac dan sekolah. Kelab Mozac87 ini akan menjadi pendokong Alumni dan bukan pesaing kepada Alumni Mozac.

6.      Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah dan sosial yang lain yang membolehkan kita saling berinteraksi diantara kita.

7.      Sekiranya program ini berjaya, kita akan meneruskan kelab ini kepada pembentukan sebuah yayasan.

8.      Lain-lain aktiviti akan diputuskan kemudian.

9.      Sdr Addy Termizi akan ditugaskan untuk merangka draf penubuhan Kelab Mozac87 ini.

10.  Moga setiap ahli mendapat menafaat sama ada lansung atau tidak lansung.


5

Yuran Keahlian

Dalam mesyuarat ini juga mencadangkan sumbangan minima RM100/setahun kepada yang berkemampuan.


6

Cara Memperoleh Dana

1.      Yuran keahlian

2.      Sumbangan lansung dari ahli yang bermurah hati untuk sama-sama menyokong program ini.

3.      Menjalankan aktiviti yang boleh mendatangkan dana seperti Reunion dan sebagainya.

4.      Lain-lain aktiviti yang boleh menyumbang dana.


7

Membuka akaun bank.

1.      Satu akaun bank akan dibuka dan akan diselaras dan diuruskan oleh bendahari penaja.

2.      Bendahari akan memberikan laporan berkala kepada kita semua berkaitan dengan status kewangan.

3.      Segala perbelanjaan akan dipantau oleh Jawatan Kuasa Penaja.

4.      Akaun ini juga akan disemak oleh Sdr Addy Termizi Tuah (satu-satunya peguam dalam mozac87) untuk memastikan ketelusan.

5.      Didalam mesyurat ini juga Sdr Pengerusi (Sdr Mohd Yusri Mohd Yusof) telah menyumbangkan RM1,000-00 tunai untuk membuka akaun.

6.      Satu sumbangan RM3,000-00 juga telah diperolehi sebagai pemangkin Kelab ini.

7.      Jumlah terkumpul untuk membuka akaun kini adalah RM4,000-00.





8

Cara Perbelanjaan

1.      Pihak jawatan kuasa akan menentukan jumlah sumbangan yang tetap kepada setiap kejadian, cth:- sumbangan jika berlaku bencana, kematian dan sebagainya.

2.      Setiap perbelanjaan juga akan direkodkan untuk tujuan ketelusan.


9

Aktiviti-aktiviti semasa.

1.      Setelah akaun ini dibuka, kami mempelawa dan merayu kepada semua untuk menyumbangkan apa sahaja yang termampu, tidak kira wang, masa atau tenaga untuk menjadikan tabung kelab ini berjaya.

2.      Membeli takaful khairat kematian berkelompok untuk kebajikan semua. (Sdr Mohd Khairil Yaakub akan menguruskannya)

3.      Menguruskan Reunion Mozac87 2011


10

Reunion Mozac87

1.      Tarikh , Tempat, Masa dan ketikanya akan ditentukan kemudian.

2.      Dimajlis ini juga akan dilancarkan secara rasmi Kelab Mozac87.

3.      Melantik Jawatan Kuasa Tetap untuk Kelab Mozac87 ini juga akan dibuat.

4.      Aktiviti amal menambahkan dana akan dilakukan.

5.      Mengumpul informasi terkini setiap ahli akan dilakukan.


11

Kesimpulan

1.      Tiada agenda tersembunyi didalam penubuhan kelab ini , tidak lain-tidak bukan untuk menjadi wadah untuk kita saling bantu membantu diantara kita.



2.      Kelab ini juga akan menjamin kesemua dana yang terkumpul diurus dengan telus, bijaksana dan berhemah.

3.      Jawatan kuasa penaja yang ada cuma bersifat penaja dan diharap semua ahli akan datang kemajlis Reunion kelak dan melantik jawatan kuasa tetap.

4.      Adalah diharapkan Kelab Mozac ini akan membentuk satu jaringan yang bermakna dan member menafaat kepada semua.

5.      Sekiranya ada teguran dan cadangan yang membina diharap dapat disalurkan kepada jawatan kuasa penaja.


Laporan ini telah disediakan oleh:-

Tajuddin Abdul Latif
Setiausaha Penaja,
Kelab Mozac87.

Tarikh : 11/05/2011