Monday, 22 August 2011

Johari sekarang lebih handsome?

As salam semua rakan xMozac 87,

Saya terlalu letih untuk melaporkan pengalaman yang tidak disangka2 petang tadi di rumah shbt kita Johari Yusof. Baru dua jam td kembali ke rumah sejak keluar ke destinasi yang dituju jam 2.30 petang dari Peringgit.

Tapi utk tidak menghampakan rakan2 rombongan - Tajud, Acitpoy dan Rizal, elok sy kongsikan secara ringkas dahulu pengalaman itu.

Kami tiba di rumah Johari kira-kira 3.20 petang dalam keadaan hujan lebat. 

Menunggu di rumah ialah Siti, adik Johari dan emaknya. Saya ditegah utk mengambil gambar Johari. Pantang Johari katanya. Kamera Nikon D7000 saya 'dirampasnya' dan diletakkan jauh dari saya utk mengelakkan saya mengambil gambar curi. Saya surrender..

Setelah kami terangkan hajat ziarah kali ketiga kepada emak dan Siti, tanpa kami sangka2 Johari telah keluar dari bilik yang 'mengurungnya' selama kira-kira 20 tahun lamanya.

Niatnya satu - utk bertemu kami. Beliau menanti sejak jam 11 pagi lagi kerana Tajud kata kami akan datang pada waktu itu. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Kami lewat dek kerana tayar depan belah kanan Mercedes Tajud pamcit dekat Peringgit. Malang bagi Tajud. Tapi ia tidak pernah mematahkn semangat Tajud.

Dipendekkan cerita, pertemuan kira2 1 jam ini berakhir dengan pertemuan pertama antara Johari dengan kami semua. Saya dan yg lain terkejut. Sama sekali tidak menyangka Johari ingin keluar dan bertemu dgn kami. Bercampur baur perasaan kami. 

Kami menyambutnya dengan berjabat tangan dan dakapan erat. Lama kami berdakap. Air mata tanpa dipaksa mengalir tanda gembira dlm kesedihan melihat kpd susuk tubuh kurus kering Johari.

Saat2 yang tidak boleh dilupakan oleh kami semua.Pastinya yg jg gembira ialah emak dan adik Johari. 

Kami berbual mesra wlpn suara Johari agak perlahan utk didengar. Dia sentiasa tersenyum. Kulitnya agak putih juga. Dia berkaca mata. Kata Acitpoy '...kau lebih hensem apa Jo'. Berderai ketawa kami semua.

Untuk beberapa ketika ia menjadi bahan jenaka kami menyulami perbualan kami. Suasana ini cukup menceriakan suasana dalam rumah usang Johari.
 
Alhamdulillah, usaha Tajud (teraju utama) dan kita selama ini berbaloi. Allah telah memakbulkan doa kita semua.

Sahabat2 xMozac 87,

Ini adalah petunjuk awal yg Johari ingin kembali bersama kita. Dia berniat utk berubah dan sedang mengumpul kekuatan utk pulih kembali. 

Dia kini hanya makan buah2an yg dibeli Siti sejak sebulan lalu kerana alahan dgn mknan yg biasa kita makan. Pastinya nutrisinya kurang khasiat.

Mentalnya juga perlu dipulihkan, selain yg paling kritikal ialah jiwa rohaninya yg terganggu oleh 'kehadiran' entiti asing dlm dirinya sejak sekian lama.

Laporan awal ini hanya bertujuan berkongsi kegembiraan dgn perubahan Johari yg tidak disangka2. Dan juga utk mendapatkan sokongan material dan non material selain doa berterusan dr rakan2 semua spy ikhtiar kita kali ini mendapat lebih perhatian dan sokongan rakan2 semua.

Menurut hukum kejayaan ikhtiar, lebih ramai menyumbang ikhlas, lebih berkesan hasilnya. 

Kita berada di bulan paling mulia, di saat antara paling mustajab doa. Jgnlah ia berlalu tanpa doa kita utk Johari, sekurang2nya.

Selain keluarganya yg masih ada di sisi, Johari masih memerlukan kita. Kerana kita pernah menjadi shbtnya 28 tahun lalu di Sekolah Muzaffar Syah.

Selamat berinfaq utk Johari. 

Wallahua'lam


Disediakan oleh Badrul 
dengan arahan tegas Tajud (terutamanya), Acitpoy dan Rizal 
12.45 pagi

No comments:

Post a Comment